Makluman:

Semua buku yang dinyatakan stoknya dalam blog ini adalah untuk dijual. Jika berminat, tuan boleh memesan dengan menghubungi saya melalui email seperti yang tertera atau melalui sms atau menelefon 013 3952328 - Adnan Moksin

Friday, April 23, 2010

Buku Pilihan Bulan April

Buku tersenarai berikut adalah stok yang masuk bulan ini dan sedia untuk dijual. Bagaimanapun, kerana stok itu terhad, hubungi saya melalui telefon, email atau, melalui ruang komen terlebih dahulu untuk memastikan stok. Cara kiriman adalah melalui pos dan bayaran melalui akaun yang akan dmaklumkan melalui email/sms.


JUDUL
PENGARANG
M/S
GM
RM
ST
Syair Panjang Acheh
Sinarsian Wirodono
220
340
28
5/3
Penembahan senopati
Gamal komandoko
400
474
33
5/1
Jangan biarkan surau ini roboh
Taufiqurrahman Al azizy
304
307
33
5/0
Menjadi kaya bersama zikir
Muhammad Muhyiddin
210
310
20
5/3
Menjadi kaya bersama zikir
Muhammad Muhyiddin
210
310
20
5/3
Suharto: Sebuah Biografi Politik
R,E Elson
738

48
5/3
Rahasia Dendam Israel  - Jejak Berdarah Israel di Palestina dan Dunia Arab

Aguk Wirawan MN

246

450

28

5/3
Rahasia Tanggal Lahir dan Tubuh Manusia
Nino Zenjaya
180
230
19
5/2
 M/S = Jumlah muka surat   GM = jumlah berat dalam gm
  RM = Harga  dalam RM    ST  = Jumlah stok


Thursday, April 22, 2010

PESTA BUKU JAKARTA 2010

Pesta buku paling popular, paling ngetop dan paling dinantikan, `Jakarta Book fair 2010`/ Pesta buku Jakarta`  dijangka akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, mulai 2 Julai hingga 11 Julai ini.

Melalui laman web mereka ( http://pestabukujakarta.blogspot.com ), Ikapi DKI Jakarta telah mengundang semua penerbit buku di Indonesia yang akan mengambil bahagian untuk berkumpul bagi pendaftaran, penentuan kedudukan booth dan penerangan lain berkaitan dengan pesta itu.

Seperti `Jakarta Book fair` yang terdahulu, pesta ini akan menarik penyertaan hampir keseluruhan penerbit-penerbit utama seluruh Indonesia dengan buku terkini terbitan mereka siap dengan diskaun antara 20 peratus hingga 70 peratus.

Bagi peminat-peminat buku dari Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke pesta itu, ikutilah rombongan kami dengan melewati blog aseanpackage.blogspot.com  

Jika perlukan info lain berkaitan dengan pesta itu, bolehlah menghubungi saya melalui telefon seperti tertera di blog ini atau meninggalkan pesan di ruangan komen.

Monday, April 19, 2010

Pesta Buku Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan

PESTA BUKU PERLIS

Tarikh : 21 April hingga 27 April 2010
Tempat : Perkarangan Perpustakaan Awam Perlis
Masa : 10 Pagi - 10 Malam

PESTA BUKU KELANTAN

Tarikh : 27 April hingga 2 Mei
Tempat : Dewan Jubli Perak MPKB, Jalan Mahmood, Kota Baru
Masa : 10 Pagi - 10 Malam



PESTA BUKU PULAU PINANG


Tarikh : 28 April hingga 2 Mei

Tempat : Dewan Mellinium, Kuala Batas
Masa : 10.30 pagi hingga 9.00 Malam

 

10 Judul Buku Emha Ainun Nadjib

Senarai buku Emha berikut ada dalam stok kami dan untuk dijual sehingga habis. Bagaimanapun, sila  hubungi saya terlebih dahulu sama ada melalui telefon, atau email atau ruangan komen untuk memastikan stok terkini :


JUDUL

M/S

RM

STOK

Isteriku Seribu

64

  8.50

2/0

Kerajaan Indonesia

400

38.00

4/4

Foklore Madura

164

19.50

3/1

Kagum Pada Orang Indonesia

56

  7.50

3/0

Dari Pojok Sejarah     -Renungan Perjalanan Emha Ainun Nadjib

 227

40.00

3/0

Jibril Tidak Pensiun

248

34.00

3/1

Demokrasi La Roiba Fih -Renungan Ainon Emha Nadjib

288

36.00

3/1

Jejak Tinju Pak Kiai

256

35.00

2/0

BH ( Kumpulan Cerita Pendek )

256

34.00

2/0

Slilit Sang Kiai

243

25.00

2/0

M/S = Muka surat        RM = Harga dalam RM        ST  = Baki stok


Tuesday, April 13, 2010

Kedai Buku Utama di Jakarta

Nama dan Alamat Kedai-Kedai Buku Utama di Sekitar Jakarta:
(Panduan bagi anda yang bercadang untuk mencari buku di sekitar kota raya Jakarta )


BALAI PUSTAKA
N0 4, Jln. Jalan Gunung Sahari Raya
Gunung Sahari Utara,
Kota Jakarta Pusat

EUREKA BOOKHOUSE
No 100, Jln Jalan Haji Baping
Ciracas, Kota Jakarta Timur

FAVORITE BOOK STORE ENGLISH &
MANDARIN TEXT BOOK CENTRE
N0 8 /12, Jalan Mangga Dua Raya
Kel. Pinangsia, Taman Sari
Kota Jakarta Barat 1

GRAMEDIA TOKO BUKU
No 12, Jl. Jalan Gajah Mada
Krukut, Taman Sari
Kota Jakarta Barat.

IMMANUEL
Jl. Jalan Proklamasi
Pegangsaan, Menteng
Kota Jakarta Pusat

QB WORLD BOOK
No 17, Jl. Jalan Kemang Raya
Bangka, Mampang Prapatan
Kota Jakarta Selatan

GUNUNG AGUNG 1
No 38, Jl. Jalan Kwitang
Kwitang, Senen
Kota Jakarta Pusat

GUNUNG AGUNG 2
No 6, Jl. Jalan Kwitang
Kwitang, Senen
Kota Jakarta Pusat

TOKO BUKU KALAM HIDUP
No 105A, Jln. Jalan Jatinegara Timur
Balimester, Jatinegara
Kota Jakarta Timur

TOKO BUKU LEMBAGA ALKITAB INDONESIA
No 12, Jl. Jalan Salemba Raya
Kenari, Senen
Kota Jakarta Pusat

TOKO KEMUNING FLORIST
B1 R/4, Jln. Jalan Kertanegara
Selong, Kebayoran Baru
Kota Jakarta Selatan

WALI SONGO
Jalan Kwitang
Kwitang, Senen
Kota Jakarta Pusat

Monday, March 29, 2010

Kenangan di Pesta Buku - Rakan Yang Pertama Kali ke Islamic Book Fair

Sekalipun kelihatan `lusuh` kerana terperangkap dalam kamacetan atau kesesakan lalu lintas, namun bertukar segar sebaik-baik dapat membuat sentuhan sulung buku-buku dalam pameran `Islamic Book fair` di Gelora bung Karno, Jakarta - sama tempatnya dimana pemain negara kita sering bergasak dengan Indonesia dalam pertandingan badminton.

Perjalanan normal dari hotel penginapan yang hanya beberapa minit kini terpaksa menempuh masa hampir dua jam apabila jalan menuju ke JCC dipadati dengan ribuan kenderaan yang mengarah ke tapak pesta buku agama terbesar Asean yang telah dirasmikan wanita pertama negara yang mempunyai penduduk islam paling banyak di dunia itu.

Rakan-rakan - seperti Rosli Saad, Norhaflinda Sahabudin, Haji Sahri Awang serta Dr Ani Sulaiman terus lesap di celah-celah susunan buku dan ribuan pengunjung sebail-baik sahaja sampai ke JCC.

Melihat keghairan teman itu, membuak-buakkan pula simpati saya dengan seorang lagi rakan, Abdul Rashid Mohamad yang hanya terbaring di kamar hotel sejak sampai ke Jakarta gara-gara di serang sakit gouts ( sakit asam urat, kata teman di Jakarta ), bukan sebelah kaki tetapi kedua-duanya sekali. Satu suasana yang belum pernah dialaminya sedangkan beliau telah lebih dua bulan teruja untuk ke pesta itu.

Seperti dijanjikan, dua setengah jam selepas itu kesemua mereka berkumpul semula di pintu masuk tapak pesta. Ternyata Rosli berjaya memadatkan beg pakaiannya dengan buku pilihannya hanya dalam tempuh yang begitu singkat. Demikian juga dengan Dr Ani dan Norshaflinda. Barangkali Haji Sahri pula, masih dalam situasi ` meninjau` sahaja terlebih dahulu tatkala itu. Pada hari kedua kemudiannya, beliau membeli sebuah buku yang katanya akan diadaptasikan.

Syabas kepada kesemua rakan seperjalanan dan terima kasih kerana sudi bersama saya

Islamic Book Fair 2010 - Peserta Rombongan Kena Gout

Beliaulah rakan yang pertama saya pelawa untuk bersama dalam rombongan kami ke Islamic Book Fair` di Jakarta dan tanpa berfikir panjang beliau bersetuju mengikuti rombongan itu.

Sejak itu, awal bulan januari, beliau telah mula mengatur beberapa rancangan untuk membuat pembelian yang sesuai dengan hasrat untuk mengadaptasi buku bersama penerbit PTS selain memohon cuti ke luar negara dari jabatannya.

Malah, beliau terbang ke Jakarta pada 3 Mac iaitu sehari lebih awal dari jadual pesta buku berkenaan hatta dua hari pula awalnya dari jadual perjalanan rombongan kami yang dijadualkan pada 4 Mac.

Demikian gambaran betapa terujanya, Abdul Rashid Muhammad, seorang pegawai pendidikan dari Port Dicson tapi berjiran dengan saya di Seremban untuk memburu buku dalam `Islamic Book Fair 2010` yang berlangsung di Gelora Bung Karno, di Jakarta itu.

Sayang seribu kali sayang, pastinya kerana telah ditakdir ilahi, semua impiannya berkecai kerana sebahagian besar tempuh rombongan kami beliau terpaksa terbaring di kamar gara-gara diserang gouts di kedua-dua belah kakinya.

Sejak rombongan kami sampai ke hotel penginapan, Rashid telah mula mengadu sakit pada kaki kanan dan mula menggeledah ubat dalam beg pakaiannya. Bagaimanapun, beliau terpaksa juga meminta kami membelikan ubat di Apotek ( farmasi dalam istilah di Jakarta ) yang dibuka 24 jam. Maka pada jam 1 pagi malam itu, saya meminta bantuan seorang ojek mencari ubat yang dimintanya itu.

Kerana masih tidak reda kesakitannnya dan setelah mengadu kesakitan itu kini menjalar ke kaki kirinya pula, saya menghantar beliau ke sebuah hospital swasta di Jalan Senen Raya, di tengah-tengah kotaraya itu.

Hanya setelah mendapat suntikan pada jam 3.30 pagi di Rumah Sakit Kramat 128 itulah, kaki kanannya mulai pulih pada keesokan harinya. Ternyata beliau amat lega kerana hanya menerima bil Rp245,000 dari rumah sakit itu, bukan berjuta sepertimana yang kami dugakan.

Meskipun kaki kirinya masih terasa sakit, namun pada saat-saat terakhir rombongan kami itu, beliau sempat juga belanja kami makan roti canai dan nasi lemak di KL Villagge, satu-satunya tempat yang terdapat restoran menjual makanan itu di Jakarta. Ternampak semacam membayar niat sahaja...


Pesta Buku di Rantau Asean 2010

PESTA BUKU NEGARA ASEAN:

BRUNEI – Brunei Book fair di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 21 Feb hingga 2 Mac 2010

SINGAPORE – Singapore Book Fair pada 29 May hingga 7 Jun 2010 - di SUNTEC International Convention &  Exhibition Centre,  Level 4,  Halls 402- 404, Singapore

FILIPINA – Manila Book Fair pada 15 hingga 29 September 2010,  di Mall of Asia Complex, Pasay City, Metro Manila

MALAYSIA – Kuala Lumpur International Book Fair di Putra World Trade Centre – pada 19 Mac -28 Mac 2010. Butir lanjut...


THAILAND - Bangkok International Book Fair di - Queen Sirikit National Convention Center pada 26 Mac hingga 6 April

INDONESIA – Jakarta Book fair – di Jakarta Convention Centre, Senayan, Jakarta pada 2 julai hingga 11 Julai 2010

Yusuf Agency Yang di Sukai dan diGeruni di Indonesia


Dalam setiap kali pesta buku, terutama jika di Jawa Timur seperti di Solo, Yogjakarta dan Surabaya, penyertaan Yusuf Agency dalam sebarang pesta buku pasti mengundang dua perasaan berbeza. Disukai pengguna atau pengunjung tapi digeruni penerbit dan kadangkala oleh penulis buku juga.

Hal demikian kerana Pak Yusuf ( pemilik Yusuf Agency itu ), akan menjual kebanyakan bukunya dengan harga teramat rendah yang kadangkala diluar jangkaan penerbit buku itu sendiri. Kebanyakan buku dijual pada harga Rp5,000. Malah, beliau boleh menjual buku berharga Rp100,000 dengan harga serendahRp30,000 sahaja selari dengan tag line beliau - buku Termurah se-Indonesia.

Strategi Pak Yusuf ialah membeli dengan memborong semua buku yang dijual pada harga gudang ( timbang kati - dalam istilah di Malaysia) oleh penerbit-penerbit seluruh Indonesia termasuk penerbit ternama seperti Gramedia. Beliau sanggup memborong semua hatta kuantitinya berlori-lori, untuk mengelakkan persaingan selepas itu.

Sebahagian buku itu bukan tidak laku tetapi hanya buku itu tidak bertemu dengan golongan pembelinya sahaja. Sebab itu buku yang berbulan malah bertahun tidak laku itu menjadi teramat laris jualannya di gerai/booth Pak Yusuf pada setiap pesta buku - bukan saja kerana murah tapi memang diperlukan pembaca.

Kepakaran Pak Yusuf mengejar buku di gudang dan menghidu buku-buku yang tidak terjual untuk dijadikan bisnes memang diakui di Indonesia. Ada kedengaran suatu gurauan, yang mengatakan Pak Yusuf boleh menentukan harga buku hanya dengan menciumnya sahaja.

Kepada para penulis buku pula - mereka pasti terkedu jika `terkena ` buku sendiri yang berharga Rp 70,000 misalnya, hanya dilambakkan dengan harga sekitar Rp12,000 sahaja dalam sebarang pesta buku. Manakala kepada penerbit pula, pasti memandang sayu kearah booth Yusuf Agency tatkala terpandang buku terbitan sendiri yang dijualnya secara borong kepada Pak Yusuf , yang dikatakannya tidak laku itu - menjadi rebutan pembaca pula.

Justeru, jika anda ke pesta buku di mana-mana sahaja di sekitar Indonesia terutamanya di Solo, Yogjakarta serta Surabaya, cubalah cari booth Yusuf Agency terlebih dahulu.Ianya pasti berbaloi-baloi....


Saturday, March 20, 2010

Tunjuk Perasaan : Rombongan `Bangkok International Book Fair 2010 ` dibatalkan

Sila ambil perhatian bahawa pakej rombongan ke `Bangkok International Book Fair`yang dijadualkan pada 4, 5 dan 6 April ini terpaksa dibatalkan atas kebimbangan tunjuk perasaan berbaju merah yang sedang merebat di negara itu sekarang.

Segala bayaran telah dan akan dipulangkan. Bagaimanapun lima peserta tidak menjawab email dan talian telefon juga gagal dihubungi. Jadi, peserta-peserta yang namanya tersenarai dibawah ini diminta menghubungi En Adnan ( 013 3952328 ) sesegera mungkin untuk tujuan berkenaan.:

Zulkarnain Ismail
Mohd Nor Salleh
Ramlah Sulaiman
Ambalagan
Nor Azizah Rahmat

Atas segala kesulitan pihak penganjur memohon maaf. Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama baik selama ini.