Makluman:

Semua buku yang dinyatakan stoknya dalam blog ini adalah untuk dijual. Jika berminat, tuan boleh memesan dengan menghubungi saya melalui email seperti yang tertera atau melalui sms atau menelefon 013 3952328 - Adnan Moksin

Monday, March 29, 2010

Yusuf Agency Yang di Sukai dan diGeruni di Indonesia


Dalam setiap kali pesta buku, terutama jika di Jawa Timur seperti di Solo, Yogjakarta dan Surabaya, penyertaan Yusuf Agency dalam sebarang pesta buku pasti mengundang dua perasaan berbeza. Disukai pengguna atau pengunjung tapi digeruni penerbit dan kadangkala oleh penulis buku juga.

Hal demikian kerana Pak Yusuf ( pemilik Yusuf Agency itu ), akan menjual kebanyakan bukunya dengan harga teramat rendah yang kadangkala diluar jangkaan penerbit buku itu sendiri. Kebanyakan buku dijual pada harga Rp5,000. Malah, beliau boleh menjual buku berharga Rp100,000 dengan harga serendahRp30,000 sahaja selari dengan tag line beliau - buku Termurah se-Indonesia.

Strategi Pak Yusuf ialah membeli dengan memborong semua buku yang dijual pada harga gudang ( timbang kati - dalam istilah di Malaysia) oleh penerbit-penerbit seluruh Indonesia termasuk penerbit ternama seperti Gramedia. Beliau sanggup memborong semua hatta kuantitinya berlori-lori, untuk mengelakkan persaingan selepas itu.

Sebahagian buku itu bukan tidak laku tetapi hanya buku itu tidak bertemu dengan golongan pembelinya sahaja. Sebab itu buku yang berbulan malah bertahun tidak laku itu menjadi teramat laris jualannya di gerai/booth Pak Yusuf pada setiap pesta buku - bukan saja kerana murah tapi memang diperlukan pembaca.

Kepakaran Pak Yusuf mengejar buku di gudang dan menghidu buku-buku yang tidak terjual untuk dijadikan bisnes memang diakui di Indonesia. Ada kedengaran suatu gurauan, yang mengatakan Pak Yusuf boleh menentukan harga buku hanya dengan menciumnya sahaja.

Kepada para penulis buku pula - mereka pasti terkedu jika `terkena ` buku sendiri yang berharga Rp 70,000 misalnya, hanya dilambakkan dengan harga sekitar Rp12,000 sahaja dalam sebarang pesta buku. Manakala kepada penerbit pula, pasti memandang sayu kearah booth Yusuf Agency tatkala terpandang buku terbitan sendiri yang dijualnya secara borong kepada Pak Yusuf , yang dikatakannya tidak laku itu - menjadi rebutan pembaca pula.

Justeru, jika anda ke pesta buku di mana-mana sahaja di sekitar Indonesia terutamanya di Solo, Yogjakarta serta Surabaya, cubalah cari booth Yusuf Agency terlebih dahulu.Ianya pasti berbaloi-baloi....


No comments:

Post a Comment